CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 28 Mac 2009

kerana ADAM 5

“kita nak pergi mana dulu,nie?”tanya Adam sebaik sahaja kami semua selesai makan

“apa kata kita pergi tengok wayang?”cadang Khairul

“tak nak la”kata Syasya sambil memerhati suasana persekitar itu seperti mencari sesuatu. Selepas seketika dia hanya melihat satu arah sahaja, aku mengoleh kearah tersebut. Betapa aku terkejutnya apabila melihat Cp bersama dengan Azura, rakan sekelas Cp juga. Pada asalnya Syasya ingin pergi pada Cp, tetapi aku menghalang. Aku terus mengajak Syasya pergi ketempat surau. Sebab apa aku mengajak Syasya pergi surau, kerana waktu itu belum masuk waktu Zohar. Manakala Adam dan Khairul tidak tahu apa yang telah terjadi, jadi mereka hanya mengikuti kami. Aku memberi isyarat supaya mereka pergi dari situ sebentar, sebaik sahaja kami sampai di surau.

“kau harus kuat semangat, Syasya”sebaik sahaja masuk kedalam surau, Syasya terus duduk sahaja, dan menghadap dinding. Surau itu agak besar juga kerana untuk perempuan dan juga lelaki.

“kenapa Datul…. kenapa dia buat aku begitu?”

“aku juga tak tahu. Munkin mereka hanya kawan sahaja”

“aku rasa tidak, sebelum ini pun mereka agak rapat juga. Aku sedih Datul. kalau dia menyukai Azura, dia harus bagitahu pada aku. Kenapa dia suruh aku lupakan dia hanya setahun kenapa tidak selama-lamanya?”

“munkin dia rasa serba salah. Kau harus bersemangat sekarang ini Syasya. Tanpa dia juga boleh hidup bahagia bersama dengan orang lain”

“memang aku harus bersemangat. Biar dia fikir tanpa dia aku memang boleh hidup” sebaik sahaja Syasya selesai ayat tersebut, dia terus bangun dan pergi tempat wuduk dan dia mengambil wuduk untuk mengenangkan hatinya. Selepas beberapa minit kami keluar. Aku mendapati wajah Khairul amat muram. Aku tahu dia sudah dengar sesi luahan tadi, walaupun sebentar sahaja tapi amat memberi impak dekat Khairul. Manakala Adam hanya tersenyum sahaja. Oleh kerana keadaan Syasya tidak beberapa baik, aku terus mengajak mereka pergi meninggalkan bangunan tersebut.

0 ulasan: