“syasya kita nak balik terus ke?”tanyaku, selepas selesai solat zohor di sekolah.
“yup. Kenapa?”
“erm… aku rasa tak nak balik awal la. apa kata kita balik lewat hari ini. Kau tahu la kalau aku balik awal pon, aku bukan buat apa-apa pon. Yang selalu aku buat tengok tv, chatting, baca novel….”belum sempat aku habis bercakap, syasya telah memberi jawapan.
“ok, kita balik lambat”syasya terus bangun lalu meninggalkan aku kebelangkang
“bagus. Kita nak melepak kat mana?”
“tempat biasa la, di kantin”kata syasya
“ok juga, aku pon tengah lapar”selepas selesai melipat kain telekung, kami terus pergi kantin.
“kau nak makan apa.?”tanya syasya padaku
“aku nak makan nasi goreng dengan teh o’ ais limau. Kau guna dulu duit kau, nanti aku bagi balik duit kau” aku mejeling manja pada Sysaya
“ok” syasya pergi meninggalkan aku.
Sedang asyik aku melihat suasana di kantin, aku terpandang seseorang yang amat aku kenal. Tapi sayang si dia tidak melihat aku. Dia bersama dengan seorang gadis yang cantik dan aku kenal juga si gadis itu. Gadis tersebut ialah Diana dan si dia itu adalah Daniel. Mereka adalah rakan sekelas aku. Aku sudah lama menyukai Daniel, tapi di sebabkan Daniel sudah ada Diana, aku tidak berani untuk meluahan perasaan aku pada Danie. Ah’! lupakan sahaja Daniel itu Datul. Kalau dia tahu perasaan kau pada dia, mesti dia menolak. Danielkan sudah ada Diana. Kenapalah kau suka pada orang yang sudah ada kekasih, Datul?.
“kau pandang siapa tu Datul?”tanya Syasya. Masa bila pula Syasya sampai?. Ah’! biarlah.
“aku pandang Smart aku tu la” Smart ada panggilan yang aku panggil untuk Daniel. Yang tahu panggilan itu adalah aku dengan Syasya sahaja. Kenapa aku panggil Daniel ‘Smart’ sebabnyer Syasya kata Daniel tu Smart.
“owh… sampai bila kau nak simpankan perasaan kau pada dia, Datul?”
“aku juga tak tahu. Tapi… aku rasa bahagia apabila dia bersama orang yang memberi dia bahagia”
“sudah banyak kali aku dengar ayat tu, Datul. Tapi kau tetap rasa pedih dihati bukan?”
“memang ya. Tapi dalam keadaan pedih itu jugalah aku rasa bahagia” aku hanya melihat Daniel asyik berbual dengan Diana, memang hati rasa amat pedih.
“sudah lah Datul. Kau harus lupakan dia aja Datul, atau kau meluahkan perasaan kau pada dia”
“tidak perlu aku luahkan perasaan aku pada dia. Sebab aku sudah tahu apa jawapannya”
“kau mana tahu, munkin diorang hanya kawan sahaja. Lagipun Diana baru sahaja datang sekolah kita. Munkin Daniel tu kawan pertama dia dan mereka agak rapat, sebab Diana kurang ada kawan”
“entah la. tapi yang aku tahu, Daniel takkan terima aku punya”aku melihat mereka ketwa riang. Beapa hancurnya hati aku
“kau mana tahu. Munkin dia juga suka pada kau”kata Syasya sambil menjeling ke arah sekumpulan pelajar tingkatan 5 yang sedang berbual mesra.
“tak nak la aku. Kita lupakan hal aku, sekarang buka pula bab kau dengan Cp”
“kau nak tahu apa lagi Datul. Kau kan tahu aku dengan Cp sudah tidak rapat macam dulu. Dan kami sudah tidak berhubung. Lagipun dia akan menduduki SPM tahun ini. “
“memang la dia akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi tak masuk akal la, kalau dia sayang pada kau, mesti dia akan berhubung ngan kau lagi. Ini tidak, nak balas sms kau pon tidak. Sekurang-kurangya balas sms kau tu walaupun satu. Aku betul-betul nak je jumpa dia dan marah dia sebab buat kau menangis”
“biarlah. Lagipun dia kan nak kejar cita-cita dia dahulu”
“memanglah dia nak kejar cita-cita. Tapi dalam masa yang sama korang boleh sms apa. Ini tidak. Bila korang berjumpa, korang macam tak kenal satu sama lain. Sekurang-kurang nyer bila jumpa senyum la. ini… hampeh”
“nak buat macam mana. Bukan kehendak aku”
“kau asyik suruh aku lupakan Smart. Tapi kau tak dapat lupakan Cp. Yang Akmal tu asyik meluahkan perasaan dia pada kau. Tapi kau selamba ajer. Kesian pada dia, sebelum nie Akmal punyalah nakal, sampai aku sakit hati pada dia. Tapi, sejak kau tolak perasaan dia, dia dah semakin tidak semangat. Sampai aku kesian dekat dia. Sudah banyak kali dia minta gambar kau pada aku, tapi aku tak kasi sebab kau tak kasi bagi. Kau asyik suruh dia lupakan kau,tapi kau masih lagi rapat dengan dia. Kenapalah kau tak terima aje Akmal tu Syasya?”
“macam mana aku nak terima dia, padahal hati aku pada orang lain. Kau juga tahu yang aku tidak suka berkasih dengan budak satu kelas gengan aku”
“memang aku tahu, tapi kalau kau tak nak terima dia, jangan lah rapat sangat dengan dia. Kau macam memberi dia harapan. Tidak lama lagi dia akan pindah”
“sebab dia akan pindahlah aku nak rapat dengan dia, bukan untuk memberi dia harapan, tapi untuk dia ada kenagan bersama kita semua”
“aku sudah tak tahu lagi nak kata apa pada kau lah Syasya. Tapi ingat kau jangan ada perasaan rindu apabila dia sudah pindah”
“aku amat pasti yang aku takkan rindu pada dia punya”kata Syasya penuh keyakinan
“sudah lah, mari kita makan. Makanan kita pon sudah sejuk”
Selasa, 17 Mac 2009
kerana ADAM 1
Dicatat oleh abc025 di 11:09 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan