“kita nak pergi mana dulu,nie?”tanya Adam sebaik sahaja kami semua selesai makan
“apa kata kita pergi tengok wayang?”cadang Khairul
“tak nak la”kata Syasya sambil memerhati suasana persekitar itu seperti mencari sesuatu. Selepas seketika dia hanya melihat satu arah sahaja, aku mengoleh kearah tersebut. Betapa aku terkejutnya apabila melihat Cp bersama dengan Azura, rakan sekelas Cp juga. Pada asalnya Syasya ingin pergi pada Cp, tetapi aku menghalang. Aku terus mengajak Syasya pergi ketempat surau. Sebab apa aku mengajak Syasya pergi surau, kerana waktu itu belum masuk waktu Zohar. Manakala Adam dan Khairul tidak tahu apa yang telah terjadi, jadi mereka hanya mengikuti kami. Aku memberi isyarat supaya mereka pergi dari situ sebentar, sebaik sahaja kami sampai di surau.
“kau harus kuat semangat, Syasya”sebaik sahaja masuk kedalam surau, Syasya terus duduk sahaja, dan menghadap dinding. Surau itu agak besar juga kerana untuk perempuan dan juga lelaki.
“kenapa Datul…. kenapa dia buat aku begitu?”
“aku juga tak tahu. Munkin mereka hanya kawan sahaja”
“aku rasa tidak, sebelum ini pun mereka agak rapat juga. Aku sedih Datul. kalau dia menyukai Azura, dia harus bagitahu pada aku. Kenapa dia suruh aku lupakan dia hanya setahun kenapa tidak selama-lamanya?”
“munkin dia rasa serba salah. Kau harus bersemangat sekarang ini Syasya. Tanpa dia juga boleh hidup bahagia bersama dengan orang lain”
“memang aku harus bersemangat. Biar dia fikir tanpa dia aku memang boleh hidup” sebaik sahaja Syasya selesai ayat tersebut, dia terus bangun dan pergi tempat wuduk dan dia mengambil wuduk untuk mengenangkan hatinya. Selepas beberapa minit kami keluar. Aku mendapati wajah Khairul amat muram. Aku tahu dia sudah dengar sesi luahan tadi, walaupun sebentar sahaja tapi amat memberi impak dekat Khairul. Manakala Adam hanya tersenyum sahaja. Oleh kerana keadaan Syasya tidak beberapa baik, aku terus mengajak mereka pergi meninggalkan bangunan tersebut.
Sabtu, 28 Mac 2009
kerana ADAM 5
Khamis, 26 Mac 2009
kerana ADAM 4
“selamat pagi Datul”kata Adam, sebaik sahaja masuk dapur
“selamat pagi, mana Khairul?”
“sekejap lagi dia datang. Kami berdua nak ajak awak pergi Alor Star. Awak nak pergi?”
“ikutkan hati, memang nak ikut. Tapi rasa tak usahlah” kataku sambil menuang air teh o’ dalam cawan. Lalu aku bagi pada Adam
“kenapa pula?”tanya Khairul yang baru muncul, lalu duduk sebelah Adam.
“tak manis” kataku sambil menuang air teh o’ dalam cawan. Lalu aku bagi pada Khairul. Sebaik sahaja aku bagi kepada Khairul, Khairul minum air tersebut
“okey je air nie”kata Khairul
“bukan ‘tak manis’ untuk air itu, tapi tak manis untuk berjalan bersama dua orang jejaka”
“ala, kami bukan nak buat apa-apa pada Datul. Cuma nak Datul pergi bersama kami”kata Adam
“kalau tak manis, apa kata Datul ajak Syasya”kata Khairul sambil tersenyum.
“betul kata Khairul tu, sambil tu bolehlah Si Khairul mengorat Syasya”kata Adam. aku segera duduk di hadapan Khairul.
“Khairul mesti dah suka pada Syasya.. kan?”soalku pada Adam
“ah’ha. Dia sudah ada pakwe ke?”
“nak kata dia sudah ada pakwe pun tidak, nak kata dia tak ada pakwe pun macam ada. Entah la. tapi yang pasti dia ada juga teman tapi mesra dengan seorang lelaki nie. Tapi sejak awal bulan nie, diorang macam tak berhubung dah.”
“terlepas lah peluang kau, Khairul”kata Adam
“mana ada terlepas, masih ada lagi peluang apa. Kan Datul kata diorang dah tak berhunbung”
“bagus lah kalau Khairul betul-betul sukakan Syasya. Tapi kalau boleh jangan berharap sangat. Sebab dia masih sukakan lelaki itu. Kalau boleh juga, jangan terlalu memaksa dia, kerana akan memberi masalah kepada dia. Dia sudah banyak masalah”kataku dengan penuh sayu
“baik la. Khairul akan pastikan dia akan rasa bahagia sangat di samping Khairul”kata Khairul dengan penih semangat”
“okey, kita tutup bab itu. Datul ajak lah Syasya pergi sekali. Mana lah tahu dia mahu pergi juga”
“okey, nanti Datul telefon”
Ahad, 22 Mac 2009
kerana ADAM 3
Sedang asyik aku menghayati suasan petang, tiba-tiba satu suara menegur aku. Aku mengoleh, rupa-rupanya Adam
“sorang sahaja Datul?”
“tak, berdua”gurauku “ iyalah, sorang sahaja. Awak ada nampak dua tiga orang lagi ke?”Adam hanya tersenyum, barangkali malu dengan soalan yang tak ada releven
“tak keluar pergi kemana-mana ke?”
“keluar, tapi munkin malam kot sebab nak…”
“kenapa mesti malam? Tidak manis seorang gadis keluar malam”kata Adam belum sempat aku ingin habis cakap
“saya tak kata yang saya akan keluar sorang. Pada asalnya saya nak ajak awak dan Khairul pergi pasar malam. Tapi rasanya sudah tahu jawapannya iaitu tidak”
“kenapa tidak bagitahu awal-awal.”
“macam mana nak bagitahu awal-awal. Kan awak potong cakap saya”
“ya tak ya juga. Maaf. Kita nak keluar pukul berapa?”tanya Adam lagi sambil memandang sekumpulan kanak-kanak bermain
“7.45 malam. Selalunya kami sekeluarga jarang masak kalau hari sabtu sebab saya akan pergi beli di pasar malam”
“owh.”
“saya masuk dahulu lah” aku terus melangakh masuk kerumah
###
Suasana di pasar malam pada hari ni agak meriah. Sedang asyik aku memandang gerai-gerai di pasar malam. Aku terpandang Daniel yang sedang memilih ayam goreng. Aku hanya melihat dia sahaja tanpa menegurnya. Bilakah aku akan memiliki dirimu wahai sang Putera?
“hah! Datul” jerkah satu suara dari belakang. Tanpa menoleh aku sudah tahu siapakah si dia yang jerkah itu. Iaitu Syasya
“kau nie memang lah nak aku mati cepat kan?”kataku sambil mejering tajam kearah Syasya
“mana ada. Setahu aku kan Datul, kau jarang datang waktu macam nie. Kau selalu datang pukul 6.30 petang lebih”
“aku datang dengan dua orang jejaka. Dan yang aku pasti, aku sudah tidak tahu dimanakah mereka”kataku sambil menoleh kanan, kiri, belakang dan depan. Mana pulalah dua orang manusia itu.
“hebat kau Datul, sampai dua orang. Siapakah gelaran itu wahai Cik Datul?”
“nama mereka adalah Adam dan Khairul” aku masih lagi mencari kelibat Adam dan Khairul. Dan aku berjumpa juga mereka akhirnya. Mereka sedang asyik memilih ayam goreng. Aku pergi kepada meraka sambil menarik tangan Syasya.
“amboii cik abang berdua, asyik memilih ayam nie sampai lupa Datul”
“mana ada lupa. Ini tengok nie Adam sedang pilih yang mana satu untuk Datul, sampai rabang mata”kata Adam
“kalau nak pilih untuk Datul, pilih sahaja rangka. Sebab dia suka makan rangka” Kata Syasya tiba-tiba. Khairul asyik melihat Syasya tanpa disedari oleh Syasya sendiri. Khairul asyit senyum ajer, aku tahu apa yang berada dihatimua, Khairul.
“ini aku kenalkan, ini Adam dan sebelahnya adalah Khairul. Yang ini pula adalah Syasya”
“Datul?”sapa satu suara sebelah Adam. Aku menoleh kearah pemilik suara tersebut. Rupa-rupanya Daniel. Aku ingat dia sudah tinggalkan gerai ayam nie.
“Daniel rupanya.” Aku hanya senyum sahaja sambil menjeling kearah Syasya, manakala Syasya hanya tersenyum ajer.
“beli ayam sahaja Daniel?”tanya Syasya
“iya. Sekarang nie harga ayam semakin naikkan? Sampai Rangka ayam yang aku suka pon naik harga”kata Daniel sambil menunjuk beg plastik berwarna merah padaku.
“kamu juga minat makan rangka ayam, ingat Datul sahaja suka, rupa-rupanya kamu juga ya”kata Syasya lagi, aku hanya senyum sahaja. aku tidak tahu nak berbual apa dengannya, walaupun aku teringin sangat nak berbual mesra dengannya.
“kamu juga minat makan Rangka ayam Datul. Lain kali aku boleh belanja kau ya Datul?”kata Daniel lagi.
“boleh sahaja”itu sahaj yang aku kata.
“Ehem ehem” aku melihat Adam.
“Lupa pula nak kenalkan, ini Khairul dan sebelahnya adalah Adam”
“apa khabar?”mereka bersalaman
“khabar baik”kata Khairul
“okey lah Datul, Syasya. Aku pergi dulu. Nanti tertunggu pula Diana”
“kau datang dengan Diana rupanya. Mana dia?”tanya Syasya
“dia ada dalam kereta. Bersama dengan mak ayah aku. Aku blah dula la” Daniel bersalam dengan Adam dan Kharul. Sebaik sahaja mereka bersalam, Daniel berlalu meninggalkan aku.
“so, kita nak beli apa lagi?”tanya Khairul
“kita beli la apa yang patut”kataku sambil melihat Daniel pergi meninggalkanku. Kau sentiasa bersama dengan Diana ya Daniel. Apa yang istimewanya dirinya Daniel?
kerana ADAM 2
Hujung minggu aku yang sangat lah lapang, aku mengisi dengan chatting dan membaca novel. Sedang asyik aku membaca novel, ada satu suara memberi salam, yang pasti ada suara lelaki. Aku mengambil tudung lalu ku pakai. Aku menjawab salam tersebut. Aku melihat seorang pemuda di hadapan tingkap. Aku tidak berani hendak buka pintu tanpa kenal pemuda itu
“betul kah ini rumah Mak Lang Rohani?” tanya pemuda itu
“iya, ini rumah Mak Lang Rohani. Awak nie siapa?”
“saya saudara Mak Lang, dari Kelantan” apabila dia sebut Kelantan baru sahaja aku teringat, yang pemuda ini adalah saudara aku yang tinggal di Kelantan”
“ah’ha, saya kenal awak. Tapi Mak tiada di rumah. Mak saya pergi rumah Pak Su”
“owh” aku membuka pintu
“masuk lah” dia meninggalkan kasut lalu masuk kerumah
“siapa yang ada di rumah?”
“tiada sesiapa buat msa ini. Munkin mak saya akan pulang dalam pukul 3.00 petang”
“owh”
“kalau tak silap saya la, awk nie Khairul kan?”
“ya. Awak masih ingatkan saya lagi Datul. Saya fikir awak sudah lupakan saya”
“mana ada saya lupakan awak, tadi saya tak beberapa kenal sangat awak. Munkin sebab aku sudah lain”
“munkin juga ya.”
“ Sekarang nie Khairul buat, maksud saya awak kerja atau masih belajar?”
“saya baru sahaja belajar, di UUM. Baru sahaja tiga bulan”
“owh… ”
“ ingat nak melawat rumah saudara mara yang lain, tapi saya hanya ingat rumah Mak Lang Rohani sahaja”
“owh. Datang sorang sahaja ke?”
“tidak juga, tadi datang kawan sebilik. Dia pergi kedai sekejap. Katanya hendak beli barang sikit dan pergi mengisi minyak”
Tepat pukul 3.15 petang mak sudah pulang. Mak rasa gembira dengan kedatangan Khairul. Tidak sampai 5 minta sebuah kereta Wira datang, beliau adalah rakan Khairul.
“saya kenalkan ini kawan saya, Adam. Ini pula mak Lang Rohani dan sebelahnya ada Datul”
“apa khabar Mak Cik?”
“khabar baik. Duduklah”kata mak
“kenapa nak datang tak bagi tahu? Ini tidak tiba-tiba sahaja muncul, selamat lah Datul ada di rumah, kalau tidak, tidak berjumpa lah kita ini”
“memang pada mulanya hendah bagitahu. Tapi disebabkan kami agak sibuk sikit, sampai lupa. Tapi hajat kami tercapai juga lah nak datang kemari, lagipun kami tidak ada kelas buat masa ini ”kata Khairul
“berapa hari tiada kelas?”
“tiga hari. Kenapa?” tanya Khairul. Aku melihat Adam, Adam hanya diam sahaja dan tersenyum ajer.
“bagus la kalau macam itu, kamu berdua boleh tidur di sini”
“maaflah Mak Lang, bukan tak nak, tapi kami tak bawa pakaian pon.
“kamu tak usah risau. Pakaian abang kepada Datul ada. Kamu pakai sahaja.”kata mak
“kalau macam itu tak apa lah kami bermalam di sini? Tak menyusahkan mak Lang sekeluarga?”
“tak menyusahkan lah. Kamu tidurlah di sini dua tiga malam”
“dua malam sudah cukup Mak Lang” kata Adam
“bagus lah macam itu, kamu Datul, pergi kemas bilik tetamu”
“baik mak” aku berlalu pergi meninggalkan mereka yang sedang asyik bersembang.
Selasa, 17 Mac 2009
kerana ADAM 1
“syasya kita nak balik terus ke?”tanyaku, selepas selesai solat zohor di sekolah.
“yup. Kenapa?”
“erm… aku rasa tak nak balik awal la. apa kata kita balik lewat hari ini. Kau tahu la kalau aku balik awal pon, aku bukan buat apa-apa pon. Yang selalu aku buat tengok tv, chatting, baca novel….”belum sempat aku habis bercakap, syasya telah memberi jawapan.
“ok, kita balik lambat”syasya terus bangun lalu meninggalkan aku kebelangkang
“bagus. Kita nak melepak kat mana?”
“tempat biasa la, di kantin”kata syasya
“ok juga, aku pon tengah lapar”selepas selesai melipat kain telekung, kami terus pergi kantin.
“kau nak makan apa.?”tanya syasya padaku
“aku nak makan nasi goreng dengan teh o’ ais limau. Kau guna dulu duit kau, nanti aku bagi balik duit kau” aku mejeling manja pada Sysaya
“ok” syasya pergi meninggalkan aku.
Sedang asyik aku melihat suasana di kantin, aku terpandang seseorang yang amat aku kenal. Tapi sayang si dia tidak melihat aku. Dia bersama dengan seorang gadis yang cantik dan aku kenal juga si gadis itu. Gadis tersebut ialah Diana dan si dia itu adalah Daniel. Mereka adalah rakan sekelas aku. Aku sudah lama menyukai Daniel, tapi di sebabkan Daniel sudah ada Diana, aku tidak berani untuk meluahan perasaan aku pada Danie. Ah’! lupakan sahaja Daniel itu Datul. Kalau dia tahu perasaan kau pada dia, mesti dia menolak. Danielkan sudah ada Diana. Kenapalah kau suka pada orang yang sudah ada kekasih, Datul?.
“kau pandang siapa tu Datul?”tanya Syasya. Masa bila pula Syasya sampai?. Ah’! biarlah.
“aku pandang Smart aku tu la” Smart ada panggilan yang aku panggil untuk Daniel. Yang tahu panggilan itu adalah aku dengan Syasya sahaja. Kenapa aku panggil Daniel ‘Smart’ sebabnyer Syasya kata Daniel tu Smart.
“owh… sampai bila kau nak simpankan perasaan kau pada dia, Datul?”
“aku juga tak tahu. Tapi… aku rasa bahagia apabila dia bersama orang yang memberi dia bahagia”
“sudah banyak kali aku dengar ayat tu, Datul. Tapi kau tetap rasa pedih dihati bukan?”
“memang ya. Tapi dalam keadaan pedih itu jugalah aku rasa bahagia” aku hanya melihat Daniel asyik berbual dengan Diana, memang hati rasa amat pedih.
“sudah lah Datul. Kau harus lupakan dia aja Datul, atau kau meluahkan perasaan kau pada dia”
“tidak perlu aku luahkan perasaan aku pada dia. Sebab aku sudah tahu apa jawapannya”
“kau mana tahu, munkin diorang hanya kawan sahaja. Lagipun Diana baru sahaja datang sekolah kita. Munkin Daniel tu kawan pertama dia dan mereka agak rapat, sebab Diana kurang ada kawan”
“entah la. tapi yang aku tahu, Daniel takkan terima aku punya”aku melihat mereka ketwa riang. Beapa hancurnya hati aku
“kau mana tahu. Munkin dia juga suka pada kau”kata Syasya sambil menjeling ke arah sekumpulan pelajar tingkatan 5 yang sedang berbual mesra.
“tak nak la aku. Kita lupakan hal aku, sekarang buka pula bab kau dengan Cp”
“kau nak tahu apa lagi Datul. Kau kan tahu aku dengan Cp sudah tidak rapat macam dulu. Dan kami sudah tidak berhubung. Lagipun dia akan menduduki SPM tahun ini. “
“memang la dia akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi tak masuk akal la, kalau dia sayang pada kau, mesti dia akan berhubung ngan kau lagi. Ini tidak, nak balas sms kau pon tidak. Sekurang-kurangya balas sms kau tu walaupun satu. Aku betul-betul nak je jumpa dia dan marah dia sebab buat kau menangis”
“biarlah. Lagipun dia kan nak kejar cita-cita dia dahulu”
“memanglah dia nak kejar cita-cita. Tapi dalam masa yang sama korang boleh sms apa. Ini tidak. Bila korang berjumpa, korang macam tak kenal satu sama lain. Sekurang-kurang nyer bila jumpa senyum la. ini… hampeh”
“nak buat macam mana. Bukan kehendak aku”
“kau asyik suruh aku lupakan Smart. Tapi kau tak dapat lupakan Cp. Yang Akmal tu asyik meluahkan perasaan dia pada kau. Tapi kau selamba ajer. Kesian pada dia, sebelum nie Akmal punyalah nakal, sampai aku sakit hati pada dia. Tapi, sejak kau tolak perasaan dia, dia dah semakin tidak semangat. Sampai aku kesian dekat dia. Sudah banyak kali dia minta gambar kau pada aku, tapi aku tak kasi sebab kau tak kasi bagi. Kau asyik suruh dia lupakan kau,tapi kau masih lagi rapat dengan dia. Kenapalah kau tak terima aje Akmal tu Syasya?”
“macam mana aku nak terima dia, padahal hati aku pada orang lain. Kau juga tahu yang aku tidak suka berkasih dengan budak satu kelas gengan aku”
“memang aku tahu, tapi kalau kau tak nak terima dia, jangan lah rapat sangat dengan dia. Kau macam memberi dia harapan. Tidak lama lagi dia akan pindah”
“sebab dia akan pindahlah aku nak rapat dengan dia, bukan untuk memberi dia harapan, tapi untuk dia ada kenagan bersama kita semua”
“aku sudah tak tahu lagi nak kata apa pada kau lah Syasya. Tapi ingat kau jangan ada perasaan rindu apabila dia sudah pindah”
“aku amat pasti yang aku takkan rindu pada dia punya”kata Syasya penuh keyakinan
“sudah lah, mari kita makan. Makanan kita pon sudah sejuk”
