“selamat pagi Datul”kata Adam, sebaik sahaja masuk dapur
“selamat pagi, mana Khairul?”
“sekejap lagi dia datang. Kami berdua nak ajak awak pergi Alor Star. Awak nak pergi?”
“ikutkan hati, memang nak ikut. Tapi rasa tak usahlah” kataku sambil menuang air teh o’ dalam cawan. Lalu aku bagi pada Adam
“kenapa pula?”tanya Khairul yang baru muncul, lalu duduk sebelah Adam.
“tak manis” kataku sambil menuang air teh o’ dalam cawan. Lalu aku bagi pada Khairul. Sebaik sahaja aku bagi kepada Khairul, Khairul minum air tersebut
“okey je air nie”kata Khairul
“bukan ‘tak manis’ untuk air itu, tapi tak manis untuk berjalan bersama dua orang jejaka”
“ala, kami bukan nak buat apa-apa pada Datul. Cuma nak Datul pergi bersama kami”kata Adam
“kalau tak manis, apa kata Datul ajak Syasya”kata Khairul sambil tersenyum.
“betul kata Khairul tu, sambil tu bolehlah Si Khairul mengorat Syasya”kata Adam. aku segera duduk di hadapan Khairul.
“Khairul mesti dah suka pada Syasya.. kan?”soalku pada Adam
“ah’ha. Dia sudah ada pakwe ke?”
“nak kata dia sudah ada pakwe pun tidak, nak kata dia tak ada pakwe pun macam ada. Entah la. tapi yang pasti dia ada juga teman tapi mesra dengan seorang lelaki nie. Tapi sejak awal bulan nie, diorang macam tak berhubung dah.”
“terlepas lah peluang kau, Khairul”kata Adam
“mana ada terlepas, masih ada lagi peluang apa. Kan Datul kata diorang dah tak berhunbung”
“bagus lah kalau Khairul betul-betul sukakan Syasya. Tapi kalau boleh jangan berharap sangat. Sebab dia masih sukakan lelaki itu. Kalau boleh juga, jangan terlalu memaksa dia, kerana akan memberi masalah kepada dia. Dia sudah banyak masalah”kataku dengan penuh sayu
“baik la. Khairul akan pastikan dia akan rasa bahagia sangat di samping Khairul”kata Khairul dengan penih semangat”
“okey, kita tutup bab itu. Datul ajak lah Syasya pergi sekali. Mana lah tahu dia mahu pergi juga”
“okey, nanti Datul telefon”
Khamis, 26 Mac 2009
kerana ADAM 4
Dicatat oleh abc025 di 10:41 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan