Sedang asyik aku menghayati suasan petang, tiba-tiba satu suara menegur aku. Aku mengoleh, rupa-rupanya Adam
“sorang sahaja Datul?”
“tak, berdua”gurauku “ iyalah, sorang sahaja. Awak ada nampak dua tiga orang lagi ke?”Adam hanya tersenyum, barangkali malu dengan soalan yang tak ada releven
“tak keluar pergi kemana-mana ke?”
“keluar, tapi munkin malam kot sebab nak…”
“kenapa mesti malam? Tidak manis seorang gadis keluar malam”kata Adam belum sempat aku ingin habis cakap
“saya tak kata yang saya akan keluar sorang. Pada asalnya saya nak ajak awak dan Khairul pergi pasar malam. Tapi rasanya sudah tahu jawapannya iaitu tidak”
“kenapa tidak bagitahu awal-awal.”
“macam mana nak bagitahu awal-awal. Kan awak potong cakap saya”
“ya tak ya juga. Maaf. Kita nak keluar pukul berapa?”tanya Adam lagi sambil memandang sekumpulan kanak-kanak bermain
“7.45 malam. Selalunya kami sekeluarga jarang masak kalau hari sabtu sebab saya akan pergi beli di pasar malam”
“owh.”
“saya masuk dahulu lah” aku terus melangakh masuk kerumah
###
Suasana di pasar malam pada hari ni agak meriah. Sedang asyik aku memandang gerai-gerai di pasar malam. Aku terpandang Daniel yang sedang memilih ayam goreng. Aku hanya melihat dia sahaja tanpa menegurnya. Bilakah aku akan memiliki dirimu wahai sang Putera?
“hah! Datul” jerkah satu suara dari belakang. Tanpa menoleh aku sudah tahu siapakah si dia yang jerkah itu. Iaitu Syasya
“kau nie memang lah nak aku mati cepat kan?”kataku sambil mejering tajam kearah Syasya
“mana ada. Setahu aku kan Datul, kau jarang datang waktu macam nie. Kau selalu datang pukul 6.30 petang lebih”
“aku datang dengan dua orang jejaka. Dan yang aku pasti, aku sudah tidak tahu dimanakah mereka”kataku sambil menoleh kanan, kiri, belakang dan depan. Mana pulalah dua orang manusia itu.
“hebat kau Datul, sampai dua orang. Siapakah gelaran itu wahai Cik Datul?”
“nama mereka adalah Adam dan Khairul” aku masih lagi mencari kelibat Adam dan Khairul. Dan aku berjumpa juga mereka akhirnya. Mereka sedang asyik memilih ayam goreng. Aku pergi kepada meraka sambil menarik tangan Syasya.
“amboii cik abang berdua, asyik memilih ayam nie sampai lupa Datul”
“mana ada lupa. Ini tengok nie Adam sedang pilih yang mana satu untuk Datul, sampai rabang mata”kata Adam
“kalau nak pilih untuk Datul, pilih sahaja rangka. Sebab dia suka makan rangka” Kata Syasya tiba-tiba. Khairul asyik melihat Syasya tanpa disedari oleh Syasya sendiri. Khairul asyit senyum ajer, aku tahu apa yang berada dihatimua, Khairul.
“ini aku kenalkan, ini Adam dan sebelahnya adalah Khairul. Yang ini pula adalah Syasya”
“Datul?”sapa satu suara sebelah Adam. Aku menoleh kearah pemilik suara tersebut. Rupa-rupanya Daniel. Aku ingat dia sudah tinggalkan gerai ayam nie.
“Daniel rupanya.” Aku hanya senyum sahaja sambil menjeling kearah Syasya, manakala Syasya hanya tersenyum ajer.
“beli ayam sahaja Daniel?”tanya Syasya
“iya. Sekarang nie harga ayam semakin naikkan? Sampai Rangka ayam yang aku suka pon naik harga”kata Daniel sambil menunjuk beg plastik berwarna merah padaku.
“kamu juga minat makan rangka ayam, ingat Datul sahaja suka, rupa-rupanya kamu juga ya”kata Syasya lagi, aku hanya senyum sahaja. aku tidak tahu nak berbual apa dengannya, walaupun aku teringin sangat nak berbual mesra dengannya.
“kamu juga minat makan Rangka ayam Datul. Lain kali aku boleh belanja kau ya Datul?”kata Daniel lagi.
“boleh sahaja”itu sahaj yang aku kata.
“Ehem ehem” aku melihat Adam.
“Lupa pula nak kenalkan, ini Khairul dan sebelahnya adalah Adam”
“apa khabar?”mereka bersalaman
“khabar baik”kata Khairul
“okey lah Datul, Syasya. Aku pergi dulu. Nanti tertunggu pula Diana”
“kau datang dengan Diana rupanya. Mana dia?”tanya Syasya
“dia ada dalam kereta. Bersama dengan mak ayah aku. Aku blah dula la” Daniel bersalam dengan Adam dan Kharul. Sebaik sahaja mereka bersalam, Daniel berlalu meninggalkan aku.
“so, kita nak beli apa lagi?”tanya Khairul
“kita beli la apa yang patut”kataku sambil melihat Daniel pergi meninggalkanku. Kau sentiasa bersama dengan Diana ya Daniel. Apa yang istimewanya dirinya Daniel?
Ahad, 22 Mac 2009
kerana ADAM 3
Dicatat oleh abc025 di 3:02 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan